Jumaat, 25 April 2014

Dugaan awal tahun 2014


Uqbah sakit bordetella pertussis

Dalam penghujung bulan disember, Uqbah mula nampak tanda2 kurang sihat. Uqbah selsema & batuk2 sehinggakan dia susah nk bernafas. Macam ada kahak yg bnyk tapi dia x boleh nak keluarkan.

Hari kedua Uqbah sakit, pagi tu bawa Uqbah ke klinik mediviron di seksyen 9. Doktor tak dapat kesan penyakitnya. Doktor just bagi gas nebulizer kat uqbah & bagi ubat batuk. Kurang sikit batuknya tapi malam tu jadi balik. Batuk dan kahaknya semakin teruk. Uqbah asyik menangis dari malam hingga subuh. Menyusu pun kurang.

Masuk hari ketiga, pagi tu terus ibu kejutkan jaddah & jaddun. Jaddun suruh bawa uqbah ke demc. Jaddah, ibu & ayah terus bawa uqbah pergi demc. Sampai je demc, doktor terus bagi gas nebulizer kat uqbah. Ibu, ayah,jaddah susah hati & risau sangat tengok keadaan uqbah. Selepas tu, uqbah kena ambil darah utk detect penyakit tu. Waktu uqbah kena cucuk jarum. Uqbah meronta2 menangis. Ibu rasa sedih, sebak tengok uqbah kena ambik darah dalam usia yg kecil. Baru sebulan dilahirkan. Ibu tak sanggup tengok uqbah dalam keadaan macam tu. Doktor sahkan darah uqbah dijangkiti virus. Demc tak cukup peralatan dan memang kena tahan wad cuma demc tolak kes penyakit uqbah ni sebab umur baru sebulan dan tak nak ambil risiko. Demc buat surat refer ke hospital kpj.

Hari yg keempat, pergi hospital kpj. Kena tahan wad, doktor bagi gas nebulizer setiap 2 jam. Doktor yg merawat uqbah, Dato' doktor zulkifli, doktor pakar kanak2 kpj. Doktor ambil sampel kahak uqbah hantar ke lab utk detect penyakit apa.

Hampir 8 hari bermalam di kpj. Ibu ayah gilir2 jaga uqbah waktu malam. Uqbah tak boleh tidur lena sebab batuk kokol. Waktu tu ibu ayah susah hati sangat. Ayah selalu bg kata2 semangat supaya ibu kuat hadapi dugaan ni. Ayah sentiasa buat solat hajat & doa supaya uqbah cpt sembuh.
Doktor sahkan uqbah kena jangkitan paru2 dan batuk kokol (bordetella pertussis).
Hari yg kelapan di hospital, doktor benarkan pulang sbb paru2 uqbah dh clear cuma masih batuk kokol. Penyakit uqbah ni mengambil masa yg lama utk beransur sembuh sepenuhnya.

Uqbah di hospital KPJ


  

bersama Dato' Doktor Zulkifli, doktor pakar kanak2 KPJ


Keputusan utk sambung belajar di Malaysia

Waktu tu lagi 2 minggu kami bertiga beranak nak bertolak ke Jordan utk sambung belajar semula setelah tangguh satu sem sebab nak bersalin di Malaysia. Tiket flight pun dah beli.
Doktor bagi nasihat, tak galakkan kami bawa uqbah naik flight & tinggal di Jordan. Risikonya bnyk. Kesan batuk kokol yg tidak terkawal akan menyebabkn saluran telinga mjd kecil. Kemungkinan akan pekak salah satu telinga sekiranya uqbah naik flight. Uqbah juga tak boleh kena musim sejuk & berdebu. Doktor cakap kalau uqbah sakit balik, kena pakai wayar2 pulak.
Ibu dan ayah tekad sambung belajar di Malaysia. Ibu ayah tak sanggup tengok uqbah sakit balik dan berkorban demi orang yg tersayang. Semoga uqbah jadi anak soleh.
Dari penghujung bulan disember 2013 hingga sekarang uqbah masih dlm proses beransur pulih.
Alhamdulilah, uqbah semakin aktif & membesar dgn sihat cuma masih batuk lagi. Doakan uqbah cpt sembuh sepenuhnya.
Terima kasih jaddun & jaddah yg bnyk bantu kami sekeluarga.


*ibu > saya
Ayah > suamiku
Jaddun > ayahku
Jaddah > ibuku

Sabtu, 12 April 2014

Kelahiran Putera Sulungku

Mengikut jangkaan doktor akn bersalin pada awal bulan disember. Perkara yg tak dijangka bersalin awal seminggu dari tarikh jangkaan.

22/11/2013 :

Pagi tu, darah keluar tapi tak rasa lagi sakit nk bersalin. Pukul 4 petg, dah mula rasa sakit tapi tak kerap sangat jaraknya. Kita pun xde pengalaman..so bila ibu tanye..dah rasa sakit nak bersalin ke? x tau nk ckp apa. Dalam pukul 5.30 ptg tu, dah mula rasa sakit. Darah pun dah keluar. Ayah dan ibu suruh pergi hospital sebab tengok keadaanku yg dah tak tentu hala. Kejap2 berjalan, pastu duduk pulak.

Suami pun drive bawa pergi hospital bersalin UMRA di seksyen 13. Doktor check baru 2 cm je buka.Boleh balik rumah.

Orang2 tua cakap kalau nk mudah bersalin kena bnyk berjalan. Malam tu, berjalan pusing satu bilik berulang kali. Nak tidur pun dah tak lena.

23/11/2013 :

Pukul 7 pagi, bertolak ke hospital. Sampai2 je nurse terus bagi kerusi roda. Mungkin nampak muka dah pucat & tak larat dah nk jalan. Nurse tolak kerusi roda masuk ke bilik bersalin.

Doktor check baru 4 cm je buka. Tapi dh rasa sakit sangat. Doktor pecahkan air ketuban. Doktor cakap "baby dh buang air besar dlm perut" sambil tunjukkn mangkuk yg mengandungi najis bercampur dgn air ketuban. doktor : "awak kena operate". saya berkeras nak bersalin normal. Tapi risikonya takut baby tak dpt diselamatkan sekiranya baby termakan najis.
Saya dan suami mengambil keputusan utk operate. Sekiranya bersalin normal, takut baby tak ada harapan utk hidup.

Selesai tandatangan semua dokumen & surat2 berkenaan. Bermulalah episod bila nak masuk bilik pembedahan tu. Tiba2 rasa sebak sgt bila cium tangan suami "abg, ayg minta maaf segala salah silap"...air mata dah bercucuran..macam2 boleh jadi, tak tahu apa yg akn berlaku selepas tu..huhu..harap2 pembedahan brjalan dgn lancar. Semoga baby & ibu selamat.

kira2 dlm 1 jam selesai pembedahan. Doktor kejutkan dari bius. Perkataan pertama yg keluar dari mulutku "doktor, macam mana dgn baby? ". Alhamdulilah semua selamat.

Tepat jam pukul 10 pagi 23/11/2013, lahirlah Muhd Uqbah Amir bin Mohd Zulnazmi ke dunia.
Suami ckp uqbah menangis kuat sgt. Bila saya tengok uqbah, hilang segala sakit & kepenatan. Happy sgt2 bila ada anak ni.

Waktu suami laungkan azan kat telinga uqbah, suami rasa sebak sgt & happy.

Terima kasih ibu ayah yg bnyk sgt tolong kami :)
ibu yg tolong jagakn saya sewaktu dlm pantang.