Sabtu, 12 April 2014

Kelahiran Putera Sulungku

Mengikut jangkaan doktor akn bersalin pada awal bulan disember. Perkara yg tak dijangka bersalin awal seminggu dari tarikh jangkaan.

22/11/2013 :

Pagi tu, darah keluar tapi tak rasa lagi sakit nk bersalin. Pukul 4 petg, dah mula rasa sakit tapi tak kerap sangat jaraknya. Kita pun xde pengalaman..so bila ibu tanye..dah rasa sakit nak bersalin ke? x tau nk ckp apa. Dalam pukul 5.30 ptg tu, dah mula rasa sakit. Darah pun dah keluar. Ayah dan ibu suruh pergi hospital sebab tengok keadaanku yg dah tak tentu hala. Kejap2 berjalan, pastu duduk pulak.

Suami pun drive bawa pergi hospital bersalin UMRA di seksyen 13. Doktor check baru 2 cm je buka.Boleh balik rumah.

Orang2 tua cakap kalau nk mudah bersalin kena bnyk berjalan. Malam tu, berjalan pusing satu bilik berulang kali. Nak tidur pun dah tak lena.

23/11/2013 :

Pukul 7 pagi, bertolak ke hospital. Sampai2 je nurse terus bagi kerusi roda. Mungkin nampak muka dah pucat & tak larat dah nk jalan. Nurse tolak kerusi roda masuk ke bilik bersalin.

Doktor check baru 4 cm je buka. Tapi dh rasa sakit sangat. Doktor pecahkan air ketuban. Doktor cakap "baby dh buang air besar dlm perut" sambil tunjukkn mangkuk yg mengandungi najis bercampur dgn air ketuban. doktor : "awak kena operate". saya berkeras nak bersalin normal. Tapi risikonya takut baby tak dpt diselamatkan sekiranya baby termakan najis.
Saya dan suami mengambil keputusan utk operate. Sekiranya bersalin normal, takut baby tak ada harapan utk hidup.

Selesai tandatangan semua dokumen & surat2 berkenaan. Bermulalah episod bila nak masuk bilik pembedahan tu. Tiba2 rasa sebak sgt bila cium tangan suami "abg, ayg minta maaf segala salah silap"...air mata dah bercucuran..macam2 boleh jadi, tak tahu apa yg akn berlaku selepas tu..huhu..harap2 pembedahan brjalan dgn lancar. Semoga baby & ibu selamat.

kira2 dlm 1 jam selesai pembedahan. Doktor kejutkan dari bius. Perkataan pertama yg keluar dari mulutku "doktor, macam mana dgn baby? ". Alhamdulilah semua selamat.

Tepat jam pukul 10 pagi 23/11/2013, lahirlah Muhd Uqbah Amir bin Mohd Zulnazmi ke dunia.
Suami ckp uqbah menangis kuat sgt. Bila saya tengok uqbah, hilang segala sakit & kepenatan. Happy sgt2 bila ada anak ni.

Waktu suami laungkan azan kat telinga uqbah, suami rasa sebak sgt & happy.

Terima kasih ibu ayah yg bnyk sgt tolong kami :)
ibu yg tolong jagakn saya sewaktu dlm pantang.



1 ulasan: